Maksud pendapatan Zakat_pendapatan

Gaji

Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh:

  • Gaji tahunan
  • Tunggakan gaji
  • Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)
  • Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.

Kepakaran

Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Contoh:

  • Khidmat guaman
  • Khidmat nasihat
  • Juru perunding
  • Rawatan perubatan
  • Kejuruteraan
  • Seniman

Pengiraan Zakat

  • Haul ataupun tempoh masa adalah mengikut tahun hijarah iaitu bulan islam. Contoh pendapatan adalah daripada Ramadhan tahun ini ke tahun depan, itulah pengiraan yang sebenar.
  • Nisab – iaitu kadar bayaran. Paling tepat adalah nilai 85 gram Emas. Ianya tidak sama antara setiap negeri, tetapi jumlah setiap negeri itu tak jauh beza.